Tuesday, September 01, 2009

Surprise!!

Malam tu beta tiba-tiba beta nak sangat makan kek.. Entah kenapa? Beta ajak Kash untuk pergi makan kek, beta tau dia bukan pemakanan kek mcm beta.. Beta suarakan agar ajak Wardy skali untuk join lepak-lepak.. Saja je sbb lama tak jumpa.. Unfortunately, Wardy and Elly not available. Mula beta decide nak makan kek di Starbucks je... Kami menuju ke Starbucks Great Eastern Mall sbb di sana tak ramai orang sangat. Suddently Kash ajak ke Alexis which is bersebelahan dengan Starbucks yang beta nak pergi tu... OK juga ada banyak kek!! Yummy....


Kash : Ermm duduk lah, let me choose cake for you.
Me : Ok gak.. Malas nak bangun....
.... beberapa minit kemudian


Kash : OK I dah order 2 slices. Choclate cake and Tiramisu.

Me : Hah dua?? Nak satu jek...

.... suddently


SURPRISE!!! (dan tiba2 ada kotak kek kat depan)

Beta tak pandang lagi... otak mcm terkejut sbb eh kenapa waiter ni tiba2 cakap mcm tu.. Bila toleh tepi.. Terkejut!!!! Wardy?? Syah?? What are you doing here??? Kata tak datang...


Rupa-rupanya mereka bertiga memang dah berpakat!.. Cis... Patut la ada orang tu mcm gelisah semacam bila I cakap nak pergi makan kek.. Rupanya diorang dah plan lain.. Hahah! But guys, you did it! Memang betul-betul menjadi surprise mereka kali ni...

By the way, thank you very much guys.. You really made my day.. Even though there's a lot things actually rolling on my mind and make me stress up that day, but you guys makes me smiles and happy....

Berbalik pada nak makan kek tadi kan?? Merasalah beta makan kek tu 1/2 dari padanya.. Memang best... Yummy Yummy..



To all friends thank you for the wishes by greeting cards, email, text massages, MMS-es and not to forget Facebook wall.


Monday, August 31, 2009

Happy Birthday !!

Syukur Alhamdulilah, beta di panjangkan usia genap 27 tahun hari ini 31hb Ogos 2009. Hari lahir adalah satu hari istimewa bagi setiap insan. Bukan mengira peningkatan usia, tetapi sebagai satu hari mengenang hari bersejarah bermula nya sebuah kehidupan di muka Bumi tuhan ini...

Seperti yang beta ungkap kan di entry yg lepas, ia buat beta mengenang apa yang sudah beta lakukan dan sumbangkan. Jawapan ada pada beta, dan biar beta simpan dan atucarakan. Tetapi insan yang beta tidak lekang berterima kasih adalah Ayahanda dan Bonda beta yang gigih membesarkan beta dan membimbing beta sebagai seorang manusia. Beta kuat kerana mereka, beta cekal kerana mereka dan beta di mana beta sekarang juga adalah kerana restu dan bless dari mereka.

Usia makin meningkat, kematang juga beta percaya makin meningkat. Di kala dunia makin mencabar, beta tidak lagi boleh main main... Ia bukan lagi taman permainan buat beta tetapi is sekarang sudah menjadi satu perlawanan dan perjuangan hebat untuk beta kejar cita-cita dan kehidupan yang 'bahagia'.. Erti bahagia besar sekali maknanya... Biar beta uraikan satu demi satu one day.. ia bukan antara dua insan tetapi segalanya!

Doakan utk beta, segalanya berjalan dengan lancar dan segala permasalahan segera selesai. Beta harapkan kehidupan yang lebih sempurna (syukur dgn kurniaan sekarang). Murahkan rezeki dan limpah kan rahmat untuk beta dan keluarga... Beta berdoa agar beta mudah mendaki satu demi satu tapak untuk mencapai cita-cita beta. Terlalu banyak perkara yang beta ingin capai dan cita dalam kehidupan buat beta terkejar-kejar dan tidak mahu membuang masa. Insyallah satu hari beta percaya ia pasti dalam genggaman. Ameen...

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 27 Irwan Zulkefli. Semoga panjang usia, di murah kan rezeki, di limpahi rahmat dan di kurniakan segala kebaikan dan tercapai segala cita dan doa. Terus kan perjuangan, jangan mudah mengalah dan kental kan semangat kerana hanya diri mu tahu apa yang kamu inginkan... Remember setiap bait-bait lagu ini yang kamu tahu ia penyuntik semangat itu..

Mimpi dan harapan
Bagai duri yang mencengkam
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Mimpi dan harapan cecita yang tinggi menjulang
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu
Di mercu…

To All Malaysian, Salam Kemerdekaan Malaysia ke 52 tahun. Mari kita terapkan nilai "1 Malaysia" kerana bagi beta jika kita benar menghayati dan memahami konsep tersebut dan di ambil secara positif ia sebenarnya satu nilai yang cukup hebat kerana nilai ini lah yang kita di Malaysia makin kurang dan merosot... All the best Malaysia, and again Happy Merdeka Day Malaysia..


Merdeka! Merdeka! Merdeka!!




Wednesday, August 26, 2009

Something to share....

"Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan... Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu."

Yes, itu lah email yg beta terima dari one of my close friend. Buat beta berfikir sejenak...

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Kareem...

Memang betul-betul lama beta tidak mengemaskini blog. Bukan tidak ada masa, tetapi banyak masa senggang beta penuh dengan perlbagai activiti. Ramai yang bertanyakan kemana beta menghilangkan diri lama. Actually beta agak sibuk dgn hal-hal kerja dan business yang beta perlu ushakan. Agak memenatkan bila kita terpaksa bekerja setiap hari. Ia bukan rungutan, kerana ramai yang melakukan perkara sedemikian. Kalau nak di ikutkan memang penat, weekedays bekerja dan weekend juga bekerja memang beta amat berharap waktu untuk rehat and retreat myself. I'll find my time for it.

Diam tak diam sudah hampir 9 bulan beta pindah ke city centre. Banyak perkara yang berlaku dan banyak benda yang beta alami. Memang kehidupan sesuatu yang jauh perjalanannya. Alhamdulilah segalanya berjalan baik dan lancar. Berjauh dari family agak membuat hati beta sentiasa sayu. Beta ada banyak perkara yang hendak di capai dalam kehidupan dan dalam masa yang sama beta hendak menjaga ayahanda dan bonda. Keadaan tidak mengizinkan mereka berpindah hampir dengan beta dan beta pula harus kuat untuk bergerak dan mendaki bukit demi bukit untuk mengapai segala bintang-bintang impian beta. Jauh perjalanan beta, penat beta sudah tidak mahu kisahkan yang penting di kala ini adalah the right way for me to grab all the stars and one day beta mahu stand in the eyes of the world.

Ramadhan sudah menjelama, rasanya baru lagi berpuasa. Begitulah pantasnya masa berlalu, seperti itu la beta rasa mahu meoptimumkan setiap minit yang beta ada. Mungkin orang lain berbeza, tetapi beta terpaksa mengejar masa. Kerana 24hours yang ada bukan tidak cukup, tetapi harus di utilize kan sebaik mungkin. Dalam pada itu, masih beta rasa beta banyak membuang masa dan waktu. Sedih jika di fikirkan. Di kala beta kurang rehat mengejar apa yang belum di capai, beta tersentak kerana baru beta sedar tiada masa untuk diri sendiri. Alhamdulilah beta masih ingat dan masih sedar. Ya beta harus ada allocation untuk diri..

Berbalik kepada bulan Ramadhan, alhamdulilah sekali lagi Ramadhan untuk beta. Kali ini ia agak berbeza kerana beta tidak berpuasa bersama ayahanda dan bonda. Sayu? Sudah tentu. Bukan rindukan masakan sahaja tetapi sebenarnya beta rindukan masa-masa bersama kedua ayahanda dan bonda. Mungkin sebelum ini beta tidak sedar ia amat berharga tetapi apabila berjauhan begini terkenang mereka yang meniti hari tua berdua. Beta tidak suka compare orang lain kerana bagi beta, mahu segalanya terbaik untk mereka.

Adakah beta rindukan mereka? Dari coretan kali ini, rasanya benar! Beta harus akui... Insyallah beta akan cuba terbaik untuk spend masa berharga beta dengan mereka. Semoga Ramadhan kali ini beli bererti. Penuh dengan majlis berbuka puasa? Beta tidak famous untuk di ajak berbuka sehingga penuh dengan agenda berbuka puasa. Beta selesa berbuka secara sedahana. Tidak penuh dengan juadah sehingga tidak terlarat untuk di makan. Bazir tu namanya.. Dari dahulu keluarga beta berbuka memang begitu hanya makan mcm hari-hari biasa 1-2 juadah sahaja. Sahur pula hanya makan cereal. Mungkin pelik tetapi begitu lah yang biasa.

Semoga beta lalui hari-hari dengan senyuman dan kegembiraan. Selamat menyambut Ramadhan dan semoga ia lebih di berkati dan rahmati. Ameen..

Friday, July 10, 2009

New Zealand Part Two

Good Morning Rotorua!!!

Beta bangun awal pagi. Alhamdulilah I had a very good sleep... Went for breakfast at 6.30am sebab 7.30am transport dah tersedia utk membawa beta menjelajah Rotorua. Activiti hari ni dah di set dan beta sendiri tatau nak kemana.. haha.. Ikut kan saja lah... Cuaca pagi ini agak sejuk... Mengigil juga la beta. So apa lagi terus feeling-feeling winter dengan snowcap and gloves (walhal autumn going to winter) LOL... Keluar dari hotel baru la dapat tengok hotel beta duduk! LOL..


Pepagi lagi dah sibuk main dengan daun kering sbb nanti dah tengari dah tak de daun-daun yang banyak ni.. Kemana pergi? Ye la kena sapu lah!!! hahaha... Beta golek-golek dan baring lagi! LOL... Kawasan sangat bersih..

Cantik skali view autumn di pagi hari waktu matahari baru memancar.. Langit sememangnya cantik can memberi refleksi kepada air tasik nya sangat cantik! I'm sorry I'm not good in capture view or moment. Kalau nak tgk kena la pergi tengok sendiri.. LOL

Ramai yang tertanya-tanya kenapa sering terhidu bau busuk seperti telur busuk. Actually itu bukan bau tangki kumbahan mahupun kekotoran. Ia sebenarnya bau sulfur yang banyak terdapat di New Zealand expecially di Rotorua ni. New Zealand terlingkung dalam lingkaran api pasific (kalau tak silap beta ini nama yang di berikan.. sorry dah lupa geography) so banyak terdapat gunung berapi dah glassier. Kerana itulah kita tidak akan temui binatang berbahaya seperti ular, kala jengking dan sebagai nya di sini. Kerana binatang ini semuanya alah kepada sulfur. Di sini banyak burung-burung.

Pagi ini beta akan kunjungi Te Puia. Di mana di sini beta akan menyaksikan the haritage of Rotorua yang berkait dengan kaum Mouri dan juga beta akan melawat kawasan glassier yang terdapat di sini.

Untuk masuk di sini ada satu upacara di mana ketua kaum mouri akan memberikan restu untuk masuk dan baru lah kita di benarkan masuk untuk lawatan. Dalam kawasan ini dapat la beta lihat dengan dekat bagai mana kehidupan orang Mouri.


Di dalam kawasan Te Puia ini juga seperti yg beta katakan tadi kita dapat lihat pancutan glassier dan juga hot mud yang mana datang dari sumber gunung berapi. Kita dapat lihat kediaman asal, cara mereka memasak dan pelbagai lagi. Oh ya dpt la juga beta melihat burung Kiwi secara dekat dan live... Tetapi beta tak dpt nak ambil gambar atas sebab burung kiwi sangat sensitif dengan stress dan yg unik nya burung kiwi ni ada tidak ada ekor untuk terbang. Ia selamat kerana di sini tiada haiwan seperti ular dan sebagainya. Rupanya pun ada iras buah kiwi! LOL

Kita bersambung lagi cerita dalam entry seterusnya apa lagi activity yang dah di lakukan di Rotorua ni sebelum ke Witomo, Himilton and back to Auckland.

Thursday, July 09, 2009

New Zealand Part One

Alhamdulilah dapat juga beta peluang beta untuk share mengenai trip beta ke New Zealand baru-baru ini. Ia bukan lah satu percutian yang 'perfect' tetapi ia cukup indah pada diri beta. Setiap kali menjejak kaki ke benua lain, beta amat hargai setiap kenangan yang beta dapat. Setiap orang ada cara dan percutian mereka sendiri.

Alhamdulilah, pada awal Mei lepas dapat la beta menjejak kaki ke bumi New Zealand. Penerbangan 10jam 30 minit dari KLIA ke Auckland agak memenatkan kali ini kerana beta tidak boleh tidur. Hanya habiskan masa main games BeJewel II dan tengak movie Confession of Shopaholic.. LOL sampai dua kali tgk! LOL.. Alhamdulilah beta selamat tiba di Auckland International AIrport dengan Penerbangan Malaysia pada jam 12.30 tengahari waktu tempatan New Zealand yang berbeza 4 jam awal dari waktu Malaysia.


Dari Airport beta terus langsung ke Novotel Hotel Auckland untuk lunch. Alhamdulilah, food di sini agak bagus juga. Beta tidak akan menginap di hotel ini. Hanya singgak untuk makan tengahari kerana beta haru terus langsung ke Rotorua.


Petikan dari Wikipedia "Rotorua (from Māori: Te Rotorua-nui-a-Kahumatamomoe, "The second great lake of Kahumatamomoe") is a city on the southern shores of the lake of the same name, in the Bay of Plenty region of the North Island of New Zealand. The city is the seat of the Rotorua District, a territorial authority encompassing the city and several other nearby towns"

Selepas selasai makan tengahari beta langsung terus ke Rotorua. It takes 1 and 1/2 hours journey juga. Beta harus tiba sebelum 6pm kerana by 7pm beta ada function yang harus dihadiri. Perjalanan dari Auckland ke Rotorua memang cantik. Setiap inchi dan pelusuk kawasan sangat menarik perhatian beta.... Walau penat, beta tidak boleh tidur juga kerana terpukau dengan pemandangan yang begitu cantik.


Tika ini New Zealand sedang musim luruh. Kalau spring pasti ia lebih cantik dan mengasyikan!! Setiap kali menjejak ke benua lain pasti ada kelainan. Agung sekali ciptaan yang esa..

Beta tiba di Rotorua pada jam 5.30 ptg dan terus ke bilik untuk bersiap kerana beta akan ke function pada jam 7pm. Sempat lah beta melelapkan mata yang tak tidur dari semalaman. Di Rotorua beta menginap di Novotel Hotel Rotorua berhampiran Rotorua Lake.. Cantik sekali view dari bilik beta ada tasik, gunung ganang dan 'kehidupan'...

Pada jam 7pm beta ke private function di SkyLine Restaurant. Untuk ke restaurant ini kita harus menaiki Cable Car untuk sampai ke puncak bukit di mana restaurant itu berada. Hari ni the restaurant is closed for the function. Masa beta tiba di sana, sudah ramai tetamu tiba. Ada red carpet untuk kemasukan guest.. Alamak! The function ended at 11pm. Masa tu beta dah mengantuk gila. Ye la dah berlepas jam 8mlm pastu 10 jam dlm flight pastu sambung hari dari kul 12 sampai 11 malam mananya tak penat. Beta kira nak tidur je dah! LOL... Nak balik tak boleh sebab the cable car was closed sbb function belum habis.. Hahaha.. Padan muka kena kurung dari atas bukit.. LOL Pulang dari fuction beta terus tidur kerana kepenatan yang teramat. Esok ajalah menghayati keindahan Rotorua.


Tak banyak yang berlaku hari ini. Kebanyakan hanyalah perjalanan dan makan saja! Mcm tu la kalau vacation mcm ini, makan makan makan dan makan lagi.. LOL Balik Malaysia lagi kemaruk jd kuat makan! Haha!



Wednesday, July 08, 2009

Come back?

Oh God.. Only he knows how bad I miss my blogging days.... How I wish to come back and update my blog yang dah bersawang ini... Harapnya selepas ini beta dapat la mengupdate semula (ye ye.. memang dah berapa kali kata nak update tapi tak juga update.. LOL)

Insyallah kelapangan yang sedikit lepas ni boleh la beta share kan semula hari-hari beta.. Hari ini beta sedikit awal pulang dari kerja.... Sekarang ni sedang di Starbucks just to kill my time and online, Facebook (well everbody do it now. LOL) and hope after this can update my blog semula...

Suddently I miss my day, I miss my life and I miss my previous time... Boleh kah beta dapat semula masa-masa tersebut?


Wednesday, July 01, 2009

Banyakkkkkkk....

OMG!! Banyak benda beta termissed untuk share sebenarnya! How to start!!! haha...


*blank*

Sunday, May 17, 2009

Pesan Bonda..

Suddenly I received text from mum...
"Anakku, pengalaman adalah guru yang paling mahal. Tidak boleh di jual beli. Pengalaman manis buat pengubat kepada keperitan dan kepahitan. Pengalaman pahit buat kita makin dewasa. Makin dewasa dengan permainan dunia hari ni. Supaya berwaspada selalu. Sentiasa apikan semangat kerana kita tidak boleh hidup dengan semangat yang padam. Teruskan usahamu jgn penah kecewa dan putus asa sayang. Pasti satu hari akan ada yang menanti yg terlalu manis buat mu"
I know mum know what's on my mind. Biar beta tidak pernah cerita, tapi mengenali ibunda instinc nya sangat kuat. Lately banyak yang membuat beta berfikir dan terfikir.. Terlalu banyak!! Pelbagai perkara membelangu dan berputar dalam kepala beta. Pelbagai perkara beta plan dan perlu rencana dalam kehidupan... Insyallah harapanya masa mendatang memberikan yang terbaik untuk beta..

Doakan yang terbaik buat beta ya.. :-)
(Ya ya... Beta ingat janji untuk entry trip NZ... Soon beta update ya!)


Sunday, May 10, 2009

Fly through the rainbow


Alhamdulilah beta dah selamat pulang ke tanahair. Hari kepulangan beta di iring hujan di Auckland International Airport dan di hiasi pelangi di runaway.. Good Bye Auckland, Hello Kuala Lumpur!!